Apakah Ini Gambaran Awal Kerjasama KDM Dan Star?

peter.jpg

Peter turut menyanyi bersama pemimpin-pemimpin Star di Malam Pogirurumaan Popogirot Pisomporuan Star Sabah di Tambunan .

Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Kehadiran Presiden Parti KDM Sabah Datuk Peter Anthony di pentas Malam Pogirurumaan Popogirot Pisomporuan Star Sabah di Tambunan semalam menarik perhatian ramai, khususnya pemerhati politik.

SABAHitz On9 TV dalam hantaran Facebooknya memuat naik video berdurasi 1 minit, yang menunjukkan Peter menyanyikan sebuah lagu dengan dikelingi kalangan pemimpin atasan Star, termasuk presidennya Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Videonya boleh disaksikan di sini: https://fb.watch/cY3eoNWGmg/

Apakah kehadiran itu merupakan gambaran awal akan terdapat persepakatan dan kerjasama antara parti KDM dan Star pada PRU15 nanti?

Sama-samalah kita tunggu…


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top