Apabila Ada Matlamat Sama, Tolak Tepi Segala Perbezaan

ong-kian-ming-KJ.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Apabila mempunyai matlamat yang sama, segala perbezaan termasuk dari segi kecenderungan politik, akan diketepikan.

Ini hakikat yang berlaku antara Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ong mengakui, rasa percaya antara mereka membuahkan kerjasama untuk menjayakan program tersebut dalam usaha memulihkan negara pasca COVID-19.

Katanya, memang wujud percanggahan dalam beberapa isu, tetapi ia tidak menjadi perkara yang menghalang usaha ke arah objektif yang dikongsi bersama itu.

“Memang ada masa berbeza pandangan, tetapi untuk isu COVID ini, saya rasa, beliau nampak keikhlasan saya untuk bantu rakyat, dan saya juga nampak keikhlasan Khairy untuk bantu rakyat.

“Dan apabila kita ada pemikiran yang sama, matlamat yang sama, walaupun mungkin ada sedikit pendapat yang berbeza, kita boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog Tiga Penjuru, membincangkan topik ‘Pemulihan Negara: Jangan Gaduh-gaduh’ yang bersiaran di Astro AWANI pada Khamis.

“Saya rasa, cabaran yang terbesar adalah, mesti ada kepercayaan, di mana, kepercayaan tidak akan disalah guna oleh mana-mana pihak,” kata Ong yang mengakui mengenali Khairy sejak 20 tahun lalu.

“Apabila kita ada matlamat seperti itu, tak kira latar belakang politik dan sebagainya, kita ada satu sasaran yang sama.

“Jadi, apabila saya tengok ada peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat, saya ambil kesempatan itu dan Khairy juga memberi sokongan sepenuhnya, Menteri Besar Selangor pun memberi kepercayaan penuh kepada saya,” tambah Ong.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Operasi Lanjakan Kapasiti di Lembah Kelang akan berjaya pada hujung minggu ini. – AWANI


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top