Apa Kena Dengan Anifah?

anifah-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Terlalu lama sudah negeri kita ini jadi tempat permainan parti politik dari Malaya dan parti-parti yang bersengkokol dengan mereka, yang ambil kesempatan dan jarah segala kekayaan ibunda Sabah. Cukuplah!,”.

Itu antara yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anifah Aman di laman Facebooknya semalam.

Bunyinya seolah-olah telah sama dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’.

Anifah sendiri adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan lebih 20 tahun menjadi wakil rakyat UMNO iaitu sejak 1999. Dia menang kerusi parlimen Kimanis pada PRU lalu pun atas tiket UMNO/BN. Soal kemenangan itu dibatalkan oleh mahkamah dan dia kemudiannya keluar UMNO tidak mengubah hakikat yang beliau telah lama bersama UMNO/BN.Dan UMNO/BN itu akar umbinya di Semenanjung.

Malah semasa pilihan raya kecil Kimanis tempoh hari Anifah bekerja keras berkempen membantu UMNO memenangi kerusi itu.

Lebih menarik lagi, Anifah pernah dilaporkan Harian Metro sebelum ini mengakui ‘cintanya’ terhadap UMNO masih mendalam walaupun telah meninggalkan parti itu.

Beliau malah meluahkan perasaan ‘cintanya’ kepada UMNO dalam sidang akhbar di Kimanis yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Jadi kenapa sekarang nada bekas menteri luar itu berubah?

Mungkinkah sekadar ‘propa’ bagi menarik sokongan kepada Parti Cinta Sabah (PCS) yang diterajuinya sekarang?

Tetapi kalau setakat itu sahaja ‘gimik’nya rasa-rasanya belum cukup. Telah terlalu banyak parti tempatan bergayut pada sentimen menolak parti Semenanjung ini, jadi gimik begitu telah terlalu klise.

Sebagai ahli politik berpengalaman, Anifah patut cari idea baharu dan gunakan pendekatan baharu bukan dengan idea yang memungkinkan PCS menang satu dua kerusi sahaja atau tidak menang langsung!

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top