Apa Cerita Di Sebalik Pertemuan Ini?

umno-n-ts-musa.jpg

Pemimpin BN Sabah, diketuai oleh Bung Moktar Radin (berbaju putih) bersama bekas ketua menteri Musa Aman (tengah) di kediamannya pada Jumaat. (Gambar Facebook)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertemuan antara bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Ketua Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan pasukan Umno telah mencetuskan perbualan hangat di negeri terbabit.

Spekulasi mengenai orang kuat Umno Sabah itu kembali ke persada politik negeri sedang diperkatakan di kalangan ahli politik dan media.

Gambar pertemuan itu yang dimuatnaik di akaun Facebook Bung pada Jumaat lalu telah pun mendapat 3,000 tanda suka, lebih 300 komen dan dikongsi sebanyak 135 kali.

Selain Bung, turut kelihatan dalam gambar itu ialah Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha Umno negeri Datuk Jafry Ariffin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said.

Ini membawa kepada spekulasi sama ada permainan politik baharu mungkin akan berlaku di negeri itu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Bung memberitahu FMT, mesyuarat itu hanyalah kunjungan hormat ke atas Musa, kerana mereka tidak pernah bertemu sejak pilihan raya Sabah pada September 2020.

“Ia hanya kunjungan biasa, bukan luar biasa. Beliau adalah bekas pemimpin negeri jadi tidak elok jika kita tidak pergi bertemunya,” katanya.

Seorang kenalan di kem Musa juga berkata ia hanya kunjungan hormat biasa dan “mereka mahu bertemu Tan Sri (Musa) kerana sudah lama tidak berjumpa. Jadi dia bertemu dengan mereka. Tidak perlu membuat spekulasi atau terlalu teruja”.

Musa adalah ketua menteri Sabah paling lama apabila menjawat jawatan itu selama 15 tahun dari 2003 hingga 2018. Beliau juga adalah ADUN Sungai Sibuga selama enam penggal berturut-turut.

Dua tahun selepas kehilangan kuasa, beberapa ADUN beralih taat setia kepada kem Musa, memaksa kerajaan negeri pimpinan Warisan tumbang, yang menyebabkan DUN dibubarkan.

Pilihan raya mengejut diadakan pada September tahun itu, tetapi apa yang mengejutkan ramai pemerhati, Musa tidak diletakkan sebagai calon selepas membayangkan persaingan bagi merebut kerusi Sungai Manila.

 

Sumber: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top