Apa asas Madius setuju kadar pemberian khas RM53 juta ketika jadi Timbalan KM?

armizan.jpg

Datuk Armizan (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Semakan kadar pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak dengan pembentangan Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023 susulan daripada persetujuan bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pemberian khas sebanyak RM300 juta tersebut adalah merupakan pengaturan interim (interim arrangement) sebagaimana yang diperjelaskan dalam kenyataan media Perdana Menteri semalam.

Menurut beliau, warta ini boleh dipinda pada bila-bila masa sebaik persetujuan baharu dicapai di antara ketiga-tiga peringkat kerajaan

“Di samping menuntut penjelasan tentang asas kadar baharu tersebut, saya fikir YB Tuaran (Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau) juga mempunyai kewajiban untuk membuat penjelasan bagaimana Kerajaan Negeri pimpinan Warisan pada tahun 2019 telah membuat persetujuan rasmi untuk kadar kenaikan yang jauh lebih rendah iaitu hanya RM53.4 juta sahaja, berbanding RM300 juta yang baru diwartakan.

“Pada masa itu, warta dalam proses dikeluarkan tetapi tidak selesai sepenuhnya apabila Kerajaan Warisan terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah setelah majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menyokong kepimpinan Ketua Menteri (KM), Datuk Seri Panglima Shafie Apdal,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, di sini, semalam.

 

Baca seterusnya di: Malaysia Gazette

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top