Anwar Kini Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

dsai-di-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim kini berada di Sabah untuk lawatan kerja rasmi sehari.

Pesawat khas yang dinaiki Anwar mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.20 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin dan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Mohd Arif serta pembantu-pembantu menteri kabinet Sabah.

Anwar dijangka menghadiri Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Program Ramah Mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5 Briged di Kem Lok Kawi, Program Semarak Perpaduan Rakyat Bersempena Sesi Ramah Mesra bersama Paparian di Papar sebelum ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk Program Temu Anwar.

 

Sumber: JAPEN Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top