Anwar Kemuka Usul, Bahas Pengakuan Leissner

dsai-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk membahas keterangan bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung dakwaan penglibatan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan media, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pendedahan Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat memerlukan penjelasan kepada rakyat.

“Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ini adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

Menurut Anwar, usul tersebut memerlukan perbincangan segera kerana isu tersebut telah pun mendapat perhatian dunia berkaitan dengan kegagalan penguatkuasaan masalah rasuah dalam negara.

“Ia juga perlu disegerakan kerana pembongkaran kes terkini terdedah ke peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan berikutan kegagalan agensi penguatkuasa negara khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan, menyiasat dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” ujarnya.

Leissner, 52, yang juga saksi utama kerajaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, memberi keterangan di Mahkamah Brooklyn, New York. –UTUSAN ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top