Anwar Jumpa PKR Sabah Selepas Shafie Seru Perubahan Dalam Kepimpinan Pembangkang

Anwar-Sabah-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Ketua PKR Sabah, Datuk Christina Liew untuk “perbincangan”, kurang seminggu selepas bekas ketua menteri dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru perubahan dalam kepemimpinan pembangkang.

Shafie meminta perubahan dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan pembangkang yang ketika ini disifatkannya tidak menyatukan dan tiada arah.

Dalam kenyataan, Liew yang juga ketua Pakatan Harapan (PH) Sabah berkata, antara topik disentuh ialah “perubahan dalam landskap politik Malaysia dan persiapan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15”.

“Situasi politik sekarang agak lancar. Tidak mungkin negara akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana kita tidak mahu berkompromi terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan (semasa pandemik Covid-19),” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tawau itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara dibincangkan.

Turut sama dalam pertemuan diadakan selepas sidang Parlimen hari ini, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Sabtu lalu, Shafie berkata pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama. -FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top