Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

dsai.jpg
Kongsi Bersama

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan (YDP) Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 9 Jun lalu.

Dipercayai salinan 114 SD tersebut merupakan salah satu daripada dua dokumen yang Anwar Ibrahim serah kepada Baginda.

Namun beberapa sumber politik memberitahu SuaraTV pemakluman mengenai SD adalah antara agenda yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tersebut selain daripada isu pembukaan Parlimen, ekonomi dan vaksinasi.

Walaupun dalam sidang media selepas pertemuan Anwar menafikan sebarang usaha menukar kerajaan, “Itu (pembentukan kerajaan baharu) soal yang tidak berbangkit sekarang”, beliau menggunakan SD tersebut untuk meyakinkan YDP Agong untuk menamatkan darurat dan membuka Parlimen.

SuaraTV difahamkan jumlah 114 SD tersebut ada yang baharu ditandatangani minggu lalu dan ada juga yang merupakan SD lama. SD tersebut dikatakan turut merangkumi ahli Parlimen UMNO dan Warisan.

Bagaimanapun sumber parti Warisan menyatakan tiada ahli Parlimen mereka memberi sokongan kepada Anwar pada masa kini.

“Jika benar ada SD ahli Parlimen Warisan dalam senarai Anwar ia mungkin SD pada tahun lepas. Pada masa ini semua ahli Parlimen Warisan bersama Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan menyokong Anwar.” kata sumber terbabit kepada kami.

Manakala sumber UMNO memberi tahu terdapat usaha mendapatan SD baharu daripada ahli Parlimen UMNO pada minggu lalu.

“Seorang bekas Ahli Parlimen UMNO antara yang menggerakkan usaha terbaharu Anwar bagi memujuk Ahli Parlimen UMNO.”

Beberapa portal pro-Anwar Ibrahim, The Vibes turut menggesa sidang Parlimen diadakan bagi membolehkan Dewan Rakyat menentukan siapa yang sepatutnya memimpin negara ini.

Portal The Vibes memetik kenyataan penasihat editorial mereka, Datuk Ahiruddin Atan, sebagai berkata,

“If the king had asked me, I would have said this: the Council of Rulers has to do one thing and one thing only – get Parliament to reconvene. Democracy will do the rest. It’s that simple, really.

“With Parliament in session, the MPs who are representatives of the people can decide at the Dewan Rakyat (or even outside Parliament, as precedence would show) who should lead them from now till the next general election.

“Let them pick the one among them who should be the new prime minister,”

Di pihak kerajaan pula dikatakan terdapat usaha memulakan satu kutipan SD baharu bagi membuktikan kepada YDP Agong bahawa Perdana Menteri masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. – SUARATV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top