‘ANU 1’ dibida RM269,000

JPJ.jpg
Kongsi Bersama

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerima bidaan RM269,000 bagi nombor pendaftaran kenderaan ‘ANU 1’, lapor BHarian.

Menurut laporan itu, jumlah tersebut menjadi bidaan tertinggi menerusi sesi berlangsung lima hari bermula 19 Disember hingga 23 Disember lalu bagi siri plat ANU.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, berkata seramai 1,768 pembida menyertai bidaan siri plat itu dengan hasil kutipan bidaan keseluruhan RM2.37 juta.

Menurutnya, daripada 1,768 pembida itu, sebanyak 3,794 nombor sudah terjual.

“Kita ada 10,000 nombor ANU, namun nombor dibida sebanyak 1,768 nombor.

“Namun sebagai perbandingan untuk negeri Perak, jumlah nilai bidaan siri ANU ini tidak dapat menandingi siri plat AMG yang masih mendahului untuk negeri Perak, memandangkan banyak peminat Mercedes Benz membida AMG,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Ambang Tahun Baru di Hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, di sini malam tadi.

Proses pendaftaran dan bidaan dilakukan dalam talian menggunakan platform JPJeBid.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top