Antara Intipati Manifesto PCS: Adun Boleh Lompat, Tapi Hilang Kerusi

PCS-1.jpg
Kongsi Bersama

Malam tadi Parti Cinta Sabah melancarkan manifesto atau akujanji. Mempunyai enam teras utama dan meliputi setiap cabang kehidupan yang berkaitan rakyat dan negeri Sabah, ia mengandungi janji-janji dan iltizam yang menarik.
Berikut adalah sebahagian daripada kandungan Akujanji PCS itu:

* Mewujudkan Kementerian Industri Minyak dan Gas untuk memastikan pembayaran 10% royalti kepada kerajaan Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan, MA63 dan IGC62.

* Kerajaan PCS akan memperjuangkan penambahan kerusi Ahli Parlimen Sabah di Dewan Rakyat dengan menggubal undang-undang yang berkaitan termasuk Perlembagaan Persekutuan, Akta Pilihan Raya dan sebagainya

* Kerajaan PCS akan memperkenalkan tatacara “Recall Petition” di mana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang ingin melompat parti boleh berbuat demikian, namun secara automatik akan kehilangan kerusi yang disandang beliau sebelum tempoh akhir penggalnya.

* MM 13 akan diberhentikan dengan serta-merta.

* Sijil Banci Burung-burung akan dimansuhkan dengan serta-merta.

* Membina Sabah untuk menjadi sebuah hab ekonomi rantauan ASEAN, BIMP EAGA, pintu masuk ke Kalimantan, hab trans-perkapalan ke Asia Tengah, dan menaiktaraf serta modenisasi industri tradisional.

* KHAIRAT NEGERI: Mewujudkan Tabung Khairat Keluarga Masyarakat Sabah atau TABUNG KEMAS Khas Untuk 50,000 Orang Golongan Berstatus B40 yang terpilih. Kolaborasi bersama syarikat insuran dan takaful. ini akan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat. Bayaran Premium sebanyak RM10.00 setahun dengan perlindungan bernilai RM10,000.00.

* Permohonan dan kelulusan permit dan lesen perniagaan dalam 24 jam bagi memudahkan anak-anak Sabah yang ingin memulakan perniagaan kecil atau untuk penjajaan.
* Menaiktaraf Kemudahan Bandar Raya Kota Kinabalu, Tawau Dan Sandakan Ke Arah Berstatus “Bandar Pintar”

* Kerajaan PCS akan menjadikan Pelabuhan Sepanggar sebagai hab pelabuhan yang unggul dan lebih efisien di Malaysia Timur serta Rantau BIMP-EAGA.

* Kerajaan PCS akan membina 10,000 rumah mampu milik di kawasan bandar secara strategik dalam masa 5 tahun.

* Kerajaan PCS akan mewujudkan program latihan khas bagi mempertingkatkan kebolehpasaran para belia Sabah melalui semua GLC, agensi dan kementerian Kerajaan Negeri Sabah. Para pelatih akan diberi elaun sebanyak RM1500 sebulan sepanjang tempoh pelatihan (tidak lebih daripada 12 bulan) daripada pihak Kerajaan Negeri. Relif atau rebat cukai akan diberi kepada mana-mana GLC atau syarikat-syarikat yang berkelayakan, yang setuju menjadi sebahagian daripada program ini.

* Kerajaan PCS akan menubuhkan “Borneo Creative Arts & Heritage Hub”, dan fokus kepada menggiatkan penglibatan komuniti tempatan dalam kesenian kreatif.

* Kerajaan PCS akan menjadikan Sabah sebagai hab pendidikan dan pusat penyelidikan serantau, dengan mempelawa univerisiti luar yang terkemuka untuk beroperasi di Edu-Hab Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top