Annuar Ingatkan Pemimpin UMNO, Hati-hati Keluarkan Kenyataan, Pendapat Individu

annuar-musa.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa bersuara menasihatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dan elak mengeluarkan kenyataan bersifat pendapat individu yang boleh membangkitkan masalah sekali gus merugikan parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata, adalah lebih baik sekiranya sesuatu keputusan yang hendak dijadikan kenyataan diputuskan terlebih dahulu melalui rundingan berasaskan kepada konsultasi.

“Dalam parti elok amalkan budaya berunding supaya kita dapat sesuatu keputusan itu berasaskan kepada konsultasi bagi mengelakkan pandangan peribadi,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga di kementeriannya, pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam kelmarin bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) atau BERSATU.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berharap apa juga pendirian UMNO tidak lagi melihat kepada kepentingan parti itu semata-mata sahaja sebaliknya, ia harus juga melihat kepada kedudukan UMNO sebagai pihak yang sedang memimpin dan memerlukan kerjasama banyak pihak.

Katanya, UMNO akan kerugian jika menolak kerjasama dengan parti-parti lain kerana parti itu sendiri sememangnya memerlukan kerjasama berkenaan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top