Annuar Ambil Langkah Perbaiki Jambatan Tanpa Tunggu Peruntukan

annuar-ayub-aman.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman telah  mengambil tindakan pantas dengan membaiki segera jambatan kayu yang merupakan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Patikang Laut yang rosak tanpa menunggu peruntukan pembaikan bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan yang bermula minggu hadapan.

Usaha Annuar jelas membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang komited dalam memastikan keselamatan dan keselesaan murid, ibu bapa, guru serta staf SK Patikang Laut dapat melaksanakan sesi persekolahan nanti.

Kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf jambatan SK Patikang Laut telah dimulakan sejak Ahad bagi memastikan jambatan berkenaan siap sepenuhnya sebelum tarikh persekolahan sekolah iaitu sebelum 10 Januari ini.

“Kerja- kerja selenggara naik taraf jambatan SK Patikang Laut telah dimulakan pagi ini (kelmarin). Kita melaksanakan projek mendesak ini walaupun belum ada peruntukan kerana memikirkan soal kelancaran sesi persekolahan yang bakal bermula pada 10 Januari ini.

“Mohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi sepanjangan kerja-kerja penyelenggaran dijalankan. Kita akan usahakan yang terbaik untuk mempercepatkan pembinaannya,” kata Annuar.

Rata-rata penduduk setempat serta para ibubapa pelajar yang ditemui menyatakan tindakan tuntas yang diambil oleh Annuar itu sebagai langkah bijak dan terbaik yang mencerminkan kewibawaan pemimpin yang berjiwa rakyat tidak menunggu peruntukan bagi memastikan laluan jambatan itu adalah selamat dilalui dan tidak mengganggu sesi pembelajaran di sekolah berkenaan. – Utusan Borneo

 

Foto: FB Annuar Ayub Aman

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top