Annuar Akan Bertanding Atas Tiket PN? Takiyuddin Kata Ada Kejutan Malam Nanti

annuar-takiyuddin.jpg

KUALA LUMPUR: Walaupun digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dilaporkan akan tetap turun ke gelanggang PRU15 – berkemungkinan atas tiket Perikatan Nasional (BN).

Portal berita Agenda Daily dalam laporannya malam tadi memetik Annuar sebagai dilaporkan

bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Hasrat itu pula dikatakan mendapat reaksi positif Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memberitahu media bahawa ada kejutan yang akan dibuat pada majlis pengumuman calon-calon PN Kelantan, yang dijadualkan pada malam ini (Rabu).

Menurut Agenda Daily sumber memberitahu Annuar dijangka bertanding di salah satu daripada 14 kawasan Parlimen di Kelantan.

Sumber itu berkata pencalonan Annuar akan diumumkan malam ini, di mana PN Kelantan juga akan mengumumkan senarai calonnya.

“Tunggulah kejutan itu, kami semua akan berada di atas pentas, esok (hari ini),” kata Takiyuddin malam tadi.

Ketika melancarkan bilik gerakan Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kota Bharu, malam tadi Takiyuddin berkata beliau bersimpati dengan Annuar yang disifatkannya sebagai kawan baik dan menteri kanan yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top