Anifah Yakin Mampu Wujudkan Kestabilan Politik di Sabah

AnifahAmanSabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yakin mampu mewujudkan kestabilan politik di negeri Sabah atas dasar pengalamannya menjadi menteri luar.

Menurutnya sebagai bekas menteri ia banyak membantu dirinya seperti isu tuntutan Filipina ke atas Sabah, krisis di laut China Selatan dan sebagainya.

Namun menurutnya ada pihak-pihak tertentu seperti Datuk Seri Shafie Afdal tidak tahu akan pendirian kerajaan Malaysia serta tidak memahami akan selok belok diplomasi dan tuntutan Filipina.

“Pendirian Malaysia, kita tidak pernah mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah, oleh itu tidak ada perundingan.

“Kalau kita tidak iktiraf maknanya tidak ada keperluan untuk berunding. Tetapi Shafie kata kita sedia berunding dengan Filipina itulah perbezaannya,” ujar Anifah ketika ditemubual oleh SuaraTV.

Anifah juga menjelaskan, pendirian kerajaan sejak dahulu adalah konsisten terhadap isu tersebut.

“Ramai rakan-rakan saya dahulu jadi menteri luar, sekarang telah menjadi Perdana Menteri, sekiranya Sabah ini aman dan politik Sabah stabil, bolehlah mereka datang untuk melabur disini”, katanya lagi.

Ditanya mengenai ktiteria calon PCS yang akan dipilih bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini, beliau berkata akan menonjolkan calon-calon baharu yang boleh memberi kotmitmen serta mempunyai keperibadian yang baik.

“Kita tidak mahu isu lompat-melompat (katak) ini timbul balik. Ianya boleh menjejaskan kestabilan politik dan juga ekonomi jika isu lompat-melompat berlaku lagi.

“Anak-anak muda harus bersedia untuk mempelajari daripada orang-orang dewasa, Orang-orang dewasa tidak harus duduk begitu lama dan ambil peluang mendekati jurang diantara orang lama dan orang muda dari segi pengalaman sebagai ahli politik.

“Ianya harus berterusan dan akhirnya kita akan menilai sama ada pemimpin muda bersedia mengambil alih tampuk kepimpinan. Ini adalah proses pembelajaran supaya jurang perbezaan itu dapat dirapatkan”, tegasnya lagi. – SuaraTV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top