Anifah Sedia Kongsi Pengalaman, Bantu Tingkatkan Imej Sabah Negeri Mesra Pelabur

anifah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau bersedia untuk berkongsi pengalaman sebagai bekas Menteri Luar dalam mempertingkatkan imej Sabah sebagai negeri yang mesra pelabur, dan seterusnya membantu negeri ini mencapai hala tuju Sabah Maju Sabah.

Beliau yang menerima watikah pelantikan ke jawatan itu semalam menzahirkan rasa terima kasih atas pelantikan tersebut dan berkata pelantikan itu jelas menunjukkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor seorang yang berpandangan jauh kerana berusaha memperkukuh hubungan antarabangsa akan membawa Sabah lebih maju ke hadapan.

“Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji demi pembangunan yang lebih positif Sabah.

“Saya juga akan melakukan yang terbaik untuk menasihati Ketua Menteri mengenai isu berkaitan hubungan antarabangsa dalam meningkatkan imej Sabah sebagai negeri yang mesra pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mantan menteri luar dan bekas Ahli Parlimen Kimanis selanjutnya berkata banyak perkara yang Sabah boleh tawarkan, terutama kepada pelabur asing.

Menurut beliau, Hajiji amat memahami kepentingan hubungan antarabangsa dalam menjayakan hala tuju Sabah Maju Jaya terutama dalam mengukuhkan hubungan antarabangsa agar lebih banyak pelaburan asing dibawa masuk ke Sabah.

Tambah Anifah, ia selari dengan usaha memperkasa kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Maka, ini adalah peluang yang tepat untuk Sabah bekerjasama dengan negara luar agar lebih banyak syarikat luar melabur di negeri ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top