KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membuat kemunculan pada majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) dihadiri pengerusinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Sepanggar, malam tadi.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) turut membuat pendedahan mengenai tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai balasan tidak bertanding di Parlimen itu bagi memberi laluan kepada calon UMNO.
Bagaimanapun beliau tidak mahu tawaran berkenaan kerana berpegang kepada perjuangannya mengenai tuntutan hak Sabah, khususnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Saya diminta di kawasan saya, Kimanis bahawa Presiden UMNO menjanjikan saya supaya jangan tanding dan bantu calon BN dan dia akan bagi saya jawatan Menteri Luar dan lantik Senator
Baca seterusnya di: BHarian