Anifah Kini Bergelar Tan Sri

anifah.jpg

Tan Sri Anifah (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman adalah antara penerima anugerah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut menerima PSM ialah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Mereka adalah antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Allahyarham TG Nik Aziz dan Lim Kit Siang… antara penerima PSM yang membawa gelaran Tan Sri.

Seramai 26 penerima dianugerahkan PSM dengan baki 21 yang lain ialah: Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Patmanathan, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Datuk Seri Sow Chin Chuan, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani N. Hassan Thani, Datuk Seri Ahmad Khan Nawab Khan, Lihat Hong Cheen @ Lihat Hong Chen, Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar, Datuk Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon, Datuk Seri Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau, Datuk Koh Chui Ming, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Datuk Paul Latimer, Datuk Seri Yeoh Choon San, Datuk Kong Hoi Chieng, Datuk Seri Lau Kuan Kam, Datuk Ng Hook dan Datuk Seri Gan Seong Liam.

Sementara itu, 28 individu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) dan empat lagi anugerah Panglima Setia Diraja (PSD), kedua-duanya membawa gelaran “Datuk”.

Lima daripada 28 yang menerima anugerah JPN adalah bekas pemain badminton negara.

Mereka ialah Teh Kew San, Billie Ng, Tan Yee Khan, Yew Cheng Hoe dan Tan Aik Huang.

Bekas pemain beregu legenda, Ng Boon Bee turut diiktiraf selepas kematiannya dengan anugerah JPN.

Ng, yang membantu negara merangkul kejuaraan Piala Thomas yang pertama pada 1967, meninggal dunia tahun lalu. Beliau berumur 84 tahun.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top