Anifah Akan Bantu Kempen PH di Ranau – Anwar

anifah-aman.jpg

Anifah pada Sesi Ceramah PH di Sepanggar, malam tadi.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman akan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Ranau, Apirin Jahalan @ Taufik Sham.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sesi Ceramah PH di Sepanggar, malam tadi.

“Dua hari lagi, Anifah akan bantu kempen di Ranau. Kita mesti menang di sana. Jangan kalah. Sebab, Ranau tempat pengkhianat,” tegas Anwar.

Sementara itu, Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) menjelaskan mengapa beliau mengikuti Anwar dan membantu calon PH bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Jelasnya, rakyat memerlukan seorang pemimpin yang boleh menangani kemerosotan ekonomi negara dan ia boleh dilaksanakan oleh Anwar sebagai seorang bekas menteri kewangan terbaik di Asia.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat. Jadi, berilah peluang kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sementera itu, Anifah turut mendedahkan mengenai tawaran jawatan Menteri Luar yang dakwanya sebelum ini pernah dijanjikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepadanya.

Katanya, Ahmad Zahid menawarkannya jawatan tersebut melalui lantikan Senator sebagai ganjaran untuk tidak bertanding dan menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin di Parlimen Kimanis.

“Presiden UMNO janjikan saya jawatan Menteri Luar dan dilantik sebagai Senator supaya jangan tanding dan bantu calon BN di kawasan saya, Kimanis.

“Bukan itu yang saya mahu. Apa yang saya mahu ialah melunaskan apa-apa yang termaktub dalam perlembagaan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963). Itu perjuangan saya,” katanya. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top