Ani raih tiga gelaran di Miss & Mrs Legend Universal Beauty Pageant 2024

Ani-beauty.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR : Finalis mewakili Borneo dari Sabah, Ani Mustapah berjaya meraih tiga gelaran di Miss & Mrs Legend Universal Beauty Pageant 2024 yang berlangsung di sini malam semalam.

Ani, 48, yang bertanding dalam kategori Classic pada acara berprestij itu dinobatkan sebagai Mrs Legend Universal Earth Champion 2024, sekaligus mengharumkan nama Sabah di peringkat dunia.

Sehari sebelumnya, Ani turut meraih gelaran Mrs Most Elegent dan Best Costume yang turut memperagakan busana etnik Bajau Samah Kota Belud termasuklah bagi acara Cowboy Party yang mengenakan pakaian ‘Cowboy of the East’ (Kota Belud) hasil sentuhan pereka tempatan, Nazir Badu Samah.

Seramai 44 orang finalis 14 buah negara hadir melabuhkan cabaran yang mana antaranya dari Jepun, China, Taiwan, Russia, India dan negara-negara Asia yang lain.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ani, yang mewakili Borneo dan menampilkan sendiri busana etnik Bajau Samah Kota Belud, berkata beliau begitu bangga dengan pencapaian itu, sekali gus berjaya mengibarkan bendera Sabah.

“Saya juga teruja bila finalis lain begitu takjub dengan pakaian tradisi suku bajau dan ini menarik perhatian mereka untuk datang ke Sabah.

“Saya menunjukkan gambar-gambar menarik yang ada di Sabah dan mereka sangat terpegun dengan keindahan negeri kita ini,” katanya.

Ani berkata bukan mudah untuk meraih sebarang gelaran di pentas dunia namun ia tidak melunturkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik.

“Saya bangga saya orang Sabah dan anak jati Kota Belud. Saya pikul tanggungjawab besar untuk nama Sabah dan saya memang mengidamkan gelaran Universal ini setelah berjaya menempah tiket melalui saingan Miss & Mrs Stellar di Sarawak tiga bulan lalu.

“Sudah tentu saya gemuruh dan berdebar apabila berada dalam kalangan ratu-ratu Cantik dari negara asing kerana mereka tidak akan hadir ke acara berprestij ini jika tidak memegang apa-apa gelaran dari negara mereka.

“Mereka semua hebat-hebat dan cantik-cantik belaka dengan rekaan busana masing-masing tetapi atas sokongan suami dan Pengarah Borneo Kimi Tomas serta rakan-rakan lain, saya lalui semua itu dengan gigih,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top