Angka Kematian Akibat Covid-19 Melepasi 2 Juta Orang

covid.jpg
Kongsi Bersama

Jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah 2,001,207 orang dan jumlah jangkitan pula 93,507,687 kes.

Semalam Amerika Syarikat sekali lagi mencatatkan jumlah kes terbanyak dan jumlah kematian tertinggi. Dalam tempoh 24 jam sebanyak 238,069 kes positif baharu dikesan di negara itu dan angka kematian pula mencecah 4,095,

Keseluruhannya sejak pandemik bermula sebanyak 23,617,953 kes positif dikesan di negara Uncle Sam itu dengan jumlah kematian 393,925.

Menyusul di belakang Amerika Syarikat  dari segi jumlah kematian semalam ialah United Kingdom, di mana 1,564 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Jumlah kes positif yang direkodkan di UK semalam adalah 47,525 kes.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top