Anggota polis bantuan maut dengan kesan tembakan di kepala

polis-mati.jpg

ANGGOTA polis mengangkat mayat anggota polis bantuan yang maut di kawasan KKIA hari ini. (Foto: UTUSAN MALAYSIA)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis bantuan ditemukan maut dengan satu kesan tembakan di bahagian kepala di kawasan ruang rehat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Menurut Utusan Malaysia, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) kira-kira pukul 10 pagi.

Difahamkan, mangsa ditemukan dalam keadaan terlantar di kerusi rehat dengan pendarahan di bahagian kepala.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE untuk tindakan lanjut. Kes ini masih dalam siasatan polis,” katanya.

Turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan adalah Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top