Analisis Kerusi Parlimen Negeri Sabah: P.173 PUTATAN

putatan.jpg
Kongsi Bersama

1.Kawasan Parlimen Putatan merupakan kawasan parlimen baharu selepas persempadanan semula pada tahun 2000. Mula dipertandingkan pada 2004 dan kerusi itu dipertahan parti pemerintah BN melalui komponennya parti UPKO selama 3 penggal berturut-turut. Parlimen Putatan merupakan kerusi deposit parti pemerintah BN kerana dalam kawasan parlimen tersebut terletak penempatan ATM di kem Lok Kawi dan kompleks perumahan PDRM dan Penjara di Kepayan. Pada PRU 2018 bagaimanapun kesan gelombang penolakan rakyat,  parlimen Putatan turut tumbang kepada parti pembangkang yang diwakili calon PKR.

2. Pada PRU 2004 Datuk Makin Marcus Majigoh bertanding buat pertama kali menang dengan majoriti 7832 undi. Marcus mendapat 13,816 undi, manakala calon parti KeAdilan Awang Ahmad Shah mendapat 5984 undi. Pilihan raya umum berikutnya pada 2008, Marcus Majigoh juga bertanding mewakili BN-UPKO memperolehi 17,737 undi. Calon PKR Sakinah Yusof 7292 dan calon calon Bebas Ramzah bin Ahmad 918 undi. Kelebihan undi 6445.

3. Walaupun pada PRU 2013 dijangka berlaku pertarungan sengit dengan kekerapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen di Sabah termasuk parlimen Putatan namun Putatan masih dipertahan BN-UPKO melalui Marcus Majigoh dengan majoriti bertambah sebanyak 9507 undi. Marcus mendapat 17,465 menewaskan tiga calon dari DAP, STAR dan SAPP. Calon DAP Joseph Lee 7958, Awang Ahmad Shah STAR 2604 dan Dulli Marie dari SAPP 1068 undi.

4. PRU 2018 menyaksi keputusan luar dugaan. Daripada kelebihan undi hampir 10,000 pada 2013, calon BN-UPKO Marcus Majigoh kalah kepada calon muka baru dari PKR Awang Hussaini Sahari yang memperolehi 2339 majoriti.  Calon PKR itu mendapat 14,106 undi berbanding 11,767 yang diperolehi calon BN-UPKO. Tiga lagi calon dari PAS, PHRS dan PKAN hilang deposit.

5. Pada PRU akan datang kerusi parlimen Putatan dianggap panas kerana bakal menjadi rebutan part-parti komponen GRS. Parti Umno ada   asas yang agak kukuh kerana secara tradisi kerusi Putatan merupakan kerusi BN dan salah satu kerusi DUN dalam parlimen itu dimenangi calonnya pada pilihan raya negeri September tahun lalu. Shahelmey Yahya menang di Tanjung Keramat manakala calon PPBM yang diwakili Ketua Bahagiannya Datuk Arsit Sedi kalah di DUN Petagas. Parti STAR dan PBS juga turut menuntut  kerusi parlimen Putatan kerana kawasan itu diwakili pemimpin KDM dari UPKO selama 3 penggal dan bilangan pengundi KDM melebihi 30% daripada jumlah pengundi.

6. Dalam pada itu PPBM turut  mengidamkan kerusi parlimen Putatan sebagai salah satu kerusi parlimen yang bakal ditandingi pada PRU akan datang. Persoalan pokok bukan soal siapa calon yang mewakili GRS tetapi sejauhmana kemampuan GRS menawan kerusi tersebut dari PH? Berdasarkan trend pengundi mengikut kaum pada pilihan raya negeri Sabah September 2020, majoriti pengundi dari kaum KDM dan kaum Cina, dua kaum utama kawasan Putatan masih menyokong parti Warisan. Apakah trend  itu berubah setelah parti Warisan tewas pada pilihan raya negeri lalu?

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top