Oleh: Musli Oli
1.PRU 2008 menyaksikan perubahan landskap politik yang mengejutkan di Kota Belud. Beberapa nama penting seperti Datuk Seri Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah digugurkan daripada senarai calon-calon yang mewakili parti-parti komponen BN. Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mengambil tempat Salleh menjadi calon BN-Umno untuk kerusi parlimen Kota Belud. Ketua Pemuda Umno Tuaran itu bertembung satu lawan satu dengan calon dari PKR. Keputusan memihak kepada Rahman Dahlan dengan kelebihan 3020 undi majoriti. Rahman mendapat 17,842 undi, manakala Saidil Simoi dari PKR mendapat 14,822.
2 .Pada PRU 2013 sekali lagi Rahman diberi kepercayaan mewakili BN-Umno untuk kerusi parlimen Kota Belud. Kali ini dia bertanding 5 penjuru termasuk menentang calon wanita dari PKR. Keputusan PRU itu menyaksikan peningkatan undi Rahman daripada PRU sebelumnya dengan mendapat 21,768 undi, pertambahan hampir 5000 undi. Kelebihan majoriti undi juga meningkat daripada 3020 pada PRU 2008 kepada 5095 pada PRU 2013. Calon PKR Isnaraissah Munirah bt Majilis mendapat 16,673. Jalumin Bayogoh dari STAR 2079, Lamshil Amidsor Bebas 979, dan Kanul Gindol Bebas 185.
3. Sebelum PRU 2013, banyak peristiwa politik telah berlaku di Kota Belud. Datuk Seri Salleh atau SSK kembali mengetuai kepimpinan Umno Bahagian Kota Belud selepas menewaskan Datuk Musbah Jamli dalam pemilihan parti. Pada PRU 2013 Datuk Salleh kembali bertanding peringkat negeri, kerusi DUN Usukan, kerusi diwakili Datuk Japlin Akim sejak 2004. SSK dilantik Speaker DUN Sabah. Setahun kemudian SSKndilantik Senator untuk membolehkannya menyertai kabinet Persekutuan dilantik Menteri Komunikasi dan Multi Media. Tidak lama selepas itu SSK dilantik Bendahari Agung parti Umno. Ringkasnya, menjelang PRU 2018 daerah Kota Belud diwakili dua orang Menteri kanan di peringkat Persekutuan dan dua orang pemimpin kanan dalam partibUmno. Datuk Seri Rahman Dahlan dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan sebelum berpindah ke JPM sebagai Menteri EPU. Rahman juga adalah seorang Anggota Majlis Tertinggi Umno.

Isnaraissah
4. Dalam PRU 2018 Datuk Salleh kembali bertanding kerusi parlimen Kota Belud mewakili BN-Umno. Manakala Rahman bertanding di Parlimen Sepanggar. Dalam pertandingan 3 penjuru menentang calon PKR dan PHRS, SSK mendapat 19,167 undi. Calon Warisan Isnaraissah Munirah mendapat 23,429 undi. Calon PKR menang dengan kelebihan undi majoriti 4262. Seorang lagi calon dari PHRS Miasin Mion mendapat 2092 undi.
5. Untuk PRU akan datang, nama SSK dan Rahman Dahlan masih dianggap calon berpotensi bertanding semula di parlimen Kota Belud jika BN-Umno dipilih mewakili kawasan parlimen itu. Nama lain yang disebut termasuk Pemangku Ketua Umno Kota Belud, Haji Fadli Hj Juanas, Ketua Pemuda Umno Kota Belud Azuwan bin Marjan@Norjan, Asmarah Rikun dan beberapa orang lagi. Jika PPBM dipilih mewakili Kota Belud sudah tentu pilihan utama ialah Ketua Bahagian PPBM Kota Belud, Datuk Japlin Akim.