Analisis Kerusi Parlimen Negeri Sabah: P.168 KOTA MARUDU

kota-marudu.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Sebelum persempadanan semula dan tambahan kawasan parlimen Sabah, parlimen Kota Marudu dikenali sebagai Parlimen Bandau. Majoriti pengundi kawasan parlimen tersebut majoriti terdiri daripada suku kaum KDM. Kurang 25% adalah bangsa-bangsa lain. Saya mengambil keputusan pilihan raya bermula daripada PRU 2004 sebagai panduan analisis kawasan parlimen ini. Pada 2004 Calon BN-PBS  Datuk Maximus Ongkili menang dengan majoriti 3189 undi. Maximus mendapat 10,457 undi mengalahkan calon Bebas Anthony Mandiau yang memperolehi 7268 undi.

Maximus Ongkili

2. Pada PRU 2008 Maximus Ongkili sekali lagi dipilih mewakili BN-PBS menentang tiga calon dari PKR, BERSEKUTU dan seorang calon Bebas. Maximus menang dengan majoriti 4198. Beliau perolehi 12,028 undi. Calon PKR Anthony Mandiau mendapat 7830. Calon BERSEKUTU dan Bebas hilang deposit.

3. PRU 2013 telah menyaksikan persaingan sengit di parlimen Kota Marudu. BN yang sekali lagi diwakili Timbalan Presiden PBS dikatakan sedikit bertuah kerana berlaku perpecahan undi di kalangan parti-parti pembangkang PKR, STAR dan SAPP. Maximus menang dengan majoriti kurang 1000 iaitu 842 undi sahaja. Beliau mendapat 15,168 berbanding 14, 326 undi calon daripada parti  PKR, Datuk Maijol Mahap. Manakala calon STAR Majamis Timbong mendapat 2228 undi. Manakala SAPP memperolehi 444 undi.

4. Selepas  PRU 2018 Datuk Maijol telah menyertai PPBM dan merupakan penggerak utama parti itu di Sabah terutama di kawasan parlimen Kota Marudu. Sebelum itu pada PRU tersebut Maximus Ongkili yang mewakili BN-PBS sekali lagi bertembung dengan Datuk Maijol Mahap yang bertanding atas tiket parti baharu Parti Harapan Rakyat Sabah PHRS. Maximus menang dengan majoriti undi 1174 sahaja. Undinya 13,033. Undi PHRS 11,259. Dua calon lain dari Warisan, Barlus Mangabis  7113 dan calon Parti Cinta Sabah PCS Dr Paul Porodong hanya memperolehi 2501 undi. Sekali lagi perpecahan undi parti pembangkang memberi kemenangan kepada calon BN-PBS, Datuk Maximus Ongkili.

5. Dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin, MP Kota Marudu itu telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Beliau kini adalah Presiden parti PBS selepas Tan Sri Pairin berundur selepas pilihan raya umum yang lalu. Pada PRU akan datang rata-rata meramalkan Parti PBS yang merupakan anggota komponen utama dalam PN bersama STAR dan SAPP akan dipilih mewakili PN untuk kerusi Parlimen Kota Marudu.

6. Sebagai Presiden PBS terpulang kepada Datuk Maximus Ongkili sama ada beliau ingin mempertahan  kerusi parlimen itu atau memilih calon baharu mewakili partinya. Ada ura-ura beliau akan berundur kerana masalah kesihatan. Saya meramalkan P.168 Kota Marudu akan dipertahankan GRS dengan mudah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top