Analisis Kerusi Parlimen Negeri Sabah: P.167 KUDAT

kudat.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1.Parlimen Kudat merupakan kawasan parlimen baharu yang diwujudkan selepas persempadanan semula pada tahun 1999.  Sebelum itu dikenali sebagai Parlimen Marudu. Parlimen Kudat buat pertama kali dipertandingkan pada PRU 2004, calon BN daripada parti Umno ialah Datuk Rahim Bakri. Rahim tidak memegang jawatan penting dalam Umno Bahagian Kudat tapi menang sebagai calon pertama kali dengan undi sebanyak 13,236. Majoriti undi sebanyak 6748 menewaskan 3 calon Bebas. Undi calon Bebas tertinggi daripada Abdul Rahman Sidek seorang bekas Pegawai Pendidikan Daerah yang mendapat 6488 undi.

2. Pada PRU 2008, Datuk Abdul Rahim Bakri sekali lagi mewakili BN-Umno menentang satu lawan satu dengan calon dari PKR Haji Yahaya Othman seorang mantan pegawai kanan Polis.  Rahim mendapat 16,634 undi. Calon PKR 7739. Majoriti sebanyak 9895. Pada PRU 2013, Datuk Rahim Bakri sekali lagi mewakili BN-Umno memperolehi 21,883 undi. Menewaskan 3 calon daripada PKR, STAR dan SAPP dengan majoriti 12,376. Undi tertinggi diperolehi calon daripada PKR Puan Rahimah Binte Majid 9507.

3. Pada PRU 2018, sekali lagi Datuk Rahim Bakri mewakili BN-Umno. Tapi dalam pemilihan kali ini mendapat tentangan sengit daripada calon Warisan. Beliau menang dengan majoriti tipis sebanyak 1359. Kelebihan undi itu secara relatif sangat rendah berbanding dengan kelebihan undi pada PRU sebelumnya. Rahim memperolehi 18,503. Manakala Sh Azman Sh Along mendapat 17,144 undi. Seorang lagi calon dari PPRS telah hilang deposit.

4. Selepas PRU 2018, Datuk Rahim Bakri dan beberapa anggota Parlimen yang menang atas tikit Barisan National – Umno telah menyertai PPBM.  Termasuklah  MP Beluran, MP Sipitang, MP Libaran dan MP Beaufort. Datuk Rahim kemudianya dilantik Timbalan Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

5. Pada PRU akan datang saya menjangkakan kerusi Parlimen Kudat tidak berdepan dengan masalah untuk dipertahankan jika muafakat dalam GRS  dapat dikekalkan. Sungguhpun Kudat secara tradisi di wakili Umno, saya tidak nampak ada keperluan menukar Datuk Rahim Bakri menjadi calon kerana Rahim boleh mewakili kedua-dua parti PPBM dan Umno di Kudat. Parti Warisan dan PKR, merupakan parti yang boleh mencabar kerusi parlimen Kudat.

6. Saya ramal parlimen Kudat kekal milik PN-BN.

 

Menyusul… Parlimen Kota Marudu

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top