Anak Sabah Di Hujung Utara Dunia

anak-sabah-di-hujung-dunia.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Kata orang, carilah rezeki hingga ke hujung dunia. Itulah yang dilakukan seorang anak muda dari Malaysia, yang kini bermastautin di penempatan ‘terakhir di dunia’ sebelum berjumpa Kutub Utara.

FMT melaporkan Khairul Fuad Junaidi, 26, dari Ranau, Sabah, memberitahu portal itu, beliau sudah hampir lima tahun menetap di Longyearbyen, terletak di kepulauan Svalbard, Norway.

“(Bandar) ini adalah lokasi terakhir dan bandar yang paling hujung (di) Utara yang ada di muka bumi. Pada 2017, umur saya 21 tahun, habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya terus datang sini.

“Saya satu-satunya rakyat Malaysia yang tinggal di Svalbard dan satu-satunya rakyat Malaysia Sabah yang tinggal di sini. Saya bekerja di hotel dan restoran. Saya buat dua kerja,” ceritanya kepada FMT menerusi aplikasi Google Meet.

Tinggal di hujung dunia, Khairul menceritakan perihal cuaca yang amat unik dialami hanya 2,500 penduduk di sana. Mereka terpaksa menjalani rutin harian tanpa cahaya matahari selama enam bulan.

Ada ketikanya, mereka perlu menjalani kehidupan seperti biasa dengan cerah sepanjang masa selama empat bulan.

 

Baca seterusnya di sini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top