Anak Musa Aman Dilantik Ketua Penaja Gagasan Rakyat Sg Manila

hazem.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Hazem Mubarak Musa dilantik sebagai Ketua Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sungai Manila.

Anak kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman itu optimis parti itu akan menerima sokongan padu penduduk kawasan tersebut berdasarkan perjuangannya sebagai parti tempatan.

Menurutnya setakat ini pihaknya telah berjaya mengumpul lebih 1,000 keahlian Gagasan Rakyat di kawasan Sungai Manila.

“Gagasan Rakyat akan memperjuangkan isu-isu tempatan terutamanya bekalan air dan jalan raya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sri Libaran, di sini, baru-baru ini, selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pembentukan jawatankuasa penaja.

 

Berita asal: AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top