Anak Jati Bongawan CEO Baharu SESB

Yaakob-CEO-SESB.jpg

Mohd Yaakob

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengumumkan pelantikan Ir. Ts. Mohd Yaakob Bin Jaafar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Tenaga Sabah berkuat kuasa 1 Mac 2022.

Mohd Yaakob memulakan kerjayanya dengan SESB sebagai jurutera elektrik di Bahagian Transmisi pada Mei 2004. Sepanjang 18 tahun perkhidmatannya, beliau mempunyai pengalaman luas dalam operasi, penyelenggaraan, perancangan dan pembangunan aset SESB melalui pelbagai jawatan sebagai ketua jurutera, pengurus besar dan pengurus besar kanan.

Anak jati Bongawan ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memiliki Sijil Jurutera Elektrik Kompeten 275kV yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Mohd Yaakob amat dikenali dalam sektor kejuruteraan di Sabah dan beliau juga memegang jawatan sebagai naib pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sabah.

Beliau adalah jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Profesional Teknologis berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Majlis Antarabangsa Sistem Elektrik Besar (CIGRE) Malaysia.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top