Anak Bongsu Musa Aman Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Kanser Limfoma

anak-ts-musa-aman.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Anak bongsu kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada Selasa selepas berjuang melawan kanser dan COVID-19.

Pejabat Musa dalam satu kenyataan, mengesahkan pemergian Mohammed Hayssam yang berusia 34.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021. Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham Mohammed Hayssam menghidap kanser limfoma sebelum dijangkiti COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Sabah.

Perkara itu disahkan oleh bapa mertua Allahyarham yang juga Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar. – Suara TV


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top