Anak ahli politik tak mengaku salah lakukan amang seksual

mahkamah-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Anak lelaki seorang ahli politik di Semporna dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan Tingkatan Lima, 13 Disember lalu.

Mohd Nadzmi Abdul Manan, 25, bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad, lapor HMetro.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nadzmi didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner di kawasan tepi jalan di Jalan Pokas-Kuala Bebang, Semporna, kira-kira jam 2.30 petang, 13 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi sepuluh tahun atau denda maksimum RM20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam menangis sambil merayu kepada mahkamah supaya dibenarkan ikat jamin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana bagaimanapun tidak menawarkan ikat jamin memandangkan kes berkenaan tidak boleh diberi ikan jamin selain tempoh hukuman bagi kesalahan itu adalah melebihi lima tahun.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh di ikat jamin dan menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengurusan dan sebutan semula kes.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top