Ampalud De Padau Boleh Dijadikan Produk Pelancongan Di Beluran

ronald-Ampalud-De-Padau.jpg
Kongsi Bersama

BELURAN: Penganjuran Ampalud De Padau atau perlumbaan bot boleh ditonjolkan sebagai salah satu produk pelancongan di daerah Beluran.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata keunikan acara itu yang memaparkan kemahiran golongan nelayan mengendalikan bot kecil hanya terdapat di daerah Beluran.

Katanya, penganjuran Ampalud De Padau boleh ditambah baik dan boleh dijadikan tatapan masyarakat luar Beluran.

“Pada masa sama ia boleh dijadikan produk pelancongan yang mampu menjana ekonomi masyarakat di Beluran,” katanya kepada media selepas merasmikan Ampalud De Padau di Kampung Bukit Besi dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata penganjuran acara seperti ini dapat memupuk perpaduan erat masyarakat dari pelbagai kaum di kawasan Parlimen Beluran.

Menurut Ronald Ampalud De Padau merupakan program tahunan yang dijalankan di kalangan masyarakat nelayan dari suku kaum Tidong di Beluran.

Katanya acara ini mengumpulkan masyarakat suku kaum Tidong bersama masyarakat lain seterusnya dapat menyatu serta memperkukuhkan perpaduan kalangan masyarakat nelayan.

Pejabat Parlimen Beluran menyokong dan memberi sumbangan untuk mempastikan program ini dianjurkan dengan baik dan sempurna,” kata Ronald.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga ADUN Labuk Samad Jambri.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top