AMK Sabah Yakin PKR Dapat Lebih Banyak Kerusi

pKr-sabah.png

KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah yakin bahawa parti akan diperuntukkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) 26 September nanti.

Timbalan Ketua AMK Sabah, Wendy Agong Baruh berkata keyakinan itu bersandarkan kepada penambahan 13 kerusi dun yang baharu serta prestasi Warisan dalam PRU ke-14.

Menurutnya, semasa PRU 13, PKR bertanding di 43 daripada 60 kerusi dun Sabah, tetapi pada PRU 14 parti hanya bertanding di 8 daripada 60 kerusi kerana 35 kerusi diserahkan kepada Warisan, yang merupakan sekutu Pakatan Harapan.

“Dengan penambahan 13 kerusi baharu dan kegagalan Warisan mememangi beberapa kerusi yang diberikan oleh PKR pada PRU lalu kita yakin Pengerusi PKR Sabah,Datuk Christina Liew mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Wendey percaya bahawa calon dalam kalangan anak muda akan diberi keutamaan untuk bertanding.

PKR, katanya sangat dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan isu anak muda, malah parti ini sering mengetengahkan anak muda sama ada untuk memimpin parti mahupun sebagai calon pilihan raya.

“AMK Sabah juga telah menghantar beberapa profil calon. Kini terpulang kepada pengerusi untuk menentukan kerusi mana yang bakal dipertandingkan oleh anak muda dari PKR Sabah,” katanya. – Sumber:WRLR

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top