AMK Pulau Pinang Pula Desak Ramasamy Letak Jawatan

ramasamy.jpg

P. Ramasamy

Kongsi Bersama

GEORGETOWN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mendesak agar Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy meletakkan jawatannya berikutan kerap mengeluarkan kenyataan bersifat prejudis dan membuat kontroversi dengan publisiti murahan.

Ketua Penerangannya, Abshar Nurasyraf berkata, terbaharu Ramasamy dilihat cuba mengeluarkan kenyataan bersifat kontroversi yang tidak akan menguntungkan kerajaan, rakyat mahupun negara malah sekadar menjadi liabiliti terhadap semua pihak.

Menurutnya, dalam usaha negara kini menuju ke arah sebuah negara Madani, sebagai pemimpin nombor dua di negeri Pulau Pinang beliau harus lebih peka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan sebegini, malah sudah berulang kali.

“Isu ramai penjawat berbangsa Melayu bukanlah satu isu yang besar sebaliknya beliau cuba mencurah minyak ke api bertujuan hanya untuk mencari perhatian dan sokongan murahan pihak-pihak tertentu,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top