Amir Matamin anak Sabah pertama dilantik KP LPP Malaysia

Amir-LPP.jpg

Amir Matamin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah mengalu-alukan dan menyambut baik pelantikan anak kelahiran Sabah sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia.

Pengerusi PPN Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, Amir Matamin merupakan anak Sabah pertama yang dilantik ke jawatan tertinggi dalam LPP Malaysia.

“Saya mengenali beliau sejak tahun 1993 ketika LPP ditubuh di Sabah dengan Pengarah pertama Haji Mohd Safian Mohd Hussin.

“Masa itu beliau telah menunjukkan sikap sebagai seorang pegawai muda yang mempunyai kepimpinan yang baik, sangat menghormati semua orang, rendah diri, suka bergaul, suka menolong dan sentiasa tidak lokek berkongsi tentang peranan LPP sebagai agensi kerajaan yang mendaftar, membuat pengawasan dan pengawalan semua perjalanan Pertubuhan Peladang di peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan (PP).

“Beliau merupakan satu-satunya Ketua Pengarah LPP Malaysia yang tidak pernah menjadi Pengarah LPP di mana-mana negeri di Malaysia. Ini mencerminkan ketokohan dan kepimpinan beliau yang baik sehingga boleh mencapai ke jawatan Ketua Pengarah”, katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas pelantikan Amir sebagai KP LPP Malaysia yang baharu menggantikan Datuk Azulita Salim yang telah bersara.

Mohd Nazri penuh yakin, Amir boleh membantu Kerajaan Perpaduan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi membantu rakyat kearah meningkatkan pendapatan dalam sektor makanan serta menjadikan Malaysia lebih cermerlang ke arah berpandapatan tinggi.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas pelantikan Ketua Pengarah LPP Malaysia yang baharu.

“Dengan pelantikan pegawai tinggi mewakili Borneo dalam pergerakan Pertubuhan Peladang ini, diharapkan dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masyarakat di Malaysia Timur dan negara ke paras yang lebih baik terutamanya Masyarakat Peladang.”

“Saya juga yakin beliau dapat membantu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu menjayakan misinya untuk mengubah nasib semua pihak yang berkepentingan dalam industri pertanian dan membangunkan masyarakat peladang, penternak dan nelayan dalam semua bidang yang diceburi,” tegasnya.

Mohd Nazri juga percaya Amir akan dapat mengembalikan semangat satu pasukan antara LPP agensi dimiliki oleh kerajaan dan PP yang dimiliki oleh ahli-ahli individu yang mempunyai saham dalam PP seperti beliau lakukan sejak dahulu di Sabah, bermula sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi hingga menjawat Timbalan Pengarah LPP Negeri Sabah, jawatan akhir beliau sandang sebelum berpindah tugas di Kuala Lumpur.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top