Amir Kahar Kembali Ke Gelanggang?

Amir_Kahar.jpg
Kongsi Bersama

Datuk Amir Kahar Mustapha, 70, merupakan antara nama besar dalam arena politik Sabah suatu ketika dahulu. Selepas agak lama menyepi, anak al-marhum Tun Datuk Mustapha Datu Harun itu kini dilaporkan muncul untuk kembali aktif berpolitik.

Pernah menjadi ahli dewan undangan negeri kawasan Banggi selama 22 tahun, mula-mula di bawah panji-panji USNO, kemudiannya PBS dan UMNO, beliau pernah menjadi timbalan ketua menteri Sabah, menganggotai kabinet negeri serta pernah memenangi kerusi Parlimen Kudat.

Amir Kahar bagaimanapun tidak dicalonkan pada PRU 2008 disebabkan parti memberi laluan kepada muka baharu.

Satu laporan Daily Express menyebut pada Ogos lalu Amir Kahar menyertai Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan dilantik sebagai Ketua Umum parti itu.

Presiden PKS, Thomas Anggan dilaporkan berkata penglibatan Amir Kahar telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi parti tersebut pada 9 Ogos dan sebulat suara bersetuju dengan penyertaan dan pelantikan Amir Kahar.

Tidak diketahui sama ada Amir Kahar berhasrat bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) 26 September ini, namun beberapa pemerhati politik menjangkakan kemungkinan itu akan berlaku dan beliau diramalkan bertanding di kawasan yang pernah menjadi kubu kuatnya, Kudat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top