Ambil perhatian seruan Perdana Menteri, kata Christina

christina.jpg

hristina (kanan) berbincang dengan Danielle (kiri).

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pengusaha pelancongan di Sabah diminta mengambil perhatian seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, usaha mempromosi sektor pelancongan perlu selari dengan aspirasi negara.

“Ini bermakna kelestarian pelancongan dan perkongsian manfaat ekonomi oleh masyarakat bandar dan luar bandar perlu diberi perhatian.

“Ia juga kepada semua pihak pemegang taruh termasuklah pengusaha perkhidmatan makanan dan minuman serta industri berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Christina hadir ke majlis itu bagi mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api turut berkesempatan bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke ketika di majlis itu.

Christina berkata, Danielle mengalu-alukan usaha kerajaan Sabah untuk meneruskan penerbangan terus atau mewujudkan laluan baharu ke Australia. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top