Ambil Langkah Komprehensif, Landaikan Covid-19 – Shahelmey

shahelmey2.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Orang ramai terutamanya yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini disarankan mengambil langkah komprehensif dalam memastikan jangkitan Covid-19 terus berjaya dilandaikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan pandemik berkenaan.

“Bersempena Tahun Baru Cina 2022 ini, suka saya  mengingatkan dalam kita berasa gembira meraihkannya, jangan lupa untuk matuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan.

“Ini adalah untuk kita sama-sama membendung jangkitan Covid-19 yang masih ada dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan program menyantuni peniaga dan masyarakat Tiong Hua di sekitar Pekan Putatan dan Pekan Taman Jumbo, di sini, pada Sabtu.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu berkata, program tersebut dalam masa sama turut memberikan peluang ikatan silahturahim melibatkan masyarakat setempat.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan Tanjung Keramat turun ke kawasan kedai dan juga perumahan, untuk mengagihkan buah limau mandarin kepada masyarakat kita  bersempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

“Saya sempat bertemu  dengan masyarakat yang ada disekitar untuk mendengar dan melihat keadaan sekeliling,”katanya. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top