Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah – MetMalaysia

hujan.jpg

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pantai Barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan tau hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top