Bagi pembantu rumah Indonesia, Saifannur (bukan nama sebenar), malam Hari Raya Aidilfitri merupakan saat paling menggembirakan bagi dua tahun pertamanya bekerja di rumah sepasang suami isteri warga Malaysia.
Hanya pada waktu itu, dia dibenarkan menghabiskan masa satu jam berbual di telefon bersama anak perempuan dan ibu bapanya. Tetapi perbualan sentiasa berakhir dengan pembohongan yang sama – bahawa dia akan menghantar wang ke rumah.
Saifannur berkata pasangan itu, yang kedua-duanya bergelar “Dato”, telah didakwa merampas telefonnya dan hanya membenarkan Saifannur berkomunikasi dengan keluarganya setahun sekali, semasa hari raya.
Pada 2016, apabila ibu tunggal itu, yang kini berusia 31 tahun, meninggalkan Aceh untuk mencari peluang mencari rezeki di Malaysia, anak perempuannya, yang ketika itu berusia tiga tahun, ditinggalkan dalam jagaan ibu bapanya.
Bercakap kepada Malaysiakini melalui temu bual Zoom, Saifannur, yang telah kembali ke Indonesia selepas melarikan diri, berkata tugas hariannya melibatkan penjagaan 30 ekor kucing Parsi dan memastikan penyelenggaraan kondominium mewah empat bilik tidur di Kuala Lumpur.
Pada 18 April tahun ini, sembilan bulan selepas dia melarikan diri, Saifannur menerima kurang daripada separuh gaji yang terhutang kepadanya selama empat tahun dan enam bulan, tempoh dia didakwa bekerja untuk pasangan itu….
Baca seterusnya di Malaysiakini