Allahyarham Negarawan Berjasa – Ketua Menteri

hsjiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Sakaran Dandai atas kembalinya ke rahmatullah pemimpin ulung itu pagi ini.

Beliau juga turut menzahirkan perasaan yang sama bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Sabah.

Menyifatkan almarhum sebagai seorang negarawan yang sangat berjasa, khusus kepada Negeri Sabah, Hajiji berkata, jasa dan pengorbanan almarhum amat signifikan dan besar maknanya buat tanah air tercinta.

“Legasi perjuangan negarawan ini akan tetap terpahat kukuh dan dikenang selamanya,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

“Saya mengajak rakyat Sabah untuk bersama mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan mendapat darjat sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.,” tambah beliau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top