Aliran Trafik Di Sabah Dijangka Meningkat 200% Semasa Aidilfitri

Op-selamat.jpg

Jauteh melancarkan Ops Selamat 18/2022 di Kampung Meruntum di Putatan pada Khamis.

Kongsi Bersama

PUTATAN: Aliran trafik di negeri ini dijangka meningkat 200 peratus berikutan penduduk pulang ke rumah masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengingatkan pengguna jalan raya khususnya pemandu supaya berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang bagi memastikan keselamatan keluarga serta pengguna jalan raya yang lain.

“Kami menjangkakan satu keadaan yang luar biasa tahun ini kerana negara kita bertambah baik dan menuju ke arah pemulihan sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

“Statistik yang direkodkan dari Januari hingga Mac tahun ini di Sabah menunjukkan peningkatan kemalangan jalan raya termasuk yang membawa maut.

“Ini adalah perkara yang membimbangkan dan kita meminta masyarakat untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya pada majlis pelancaran Op Selamat 18/2022 sempena Hari Raya Aifilfitri di Kampung Meruntum di sini pada hari Khamis.

Jauteh berkata selain mengamalkan etika semasa di jalan raya, beliau turut menasihati orang ramai khususnya penduduk perumahan supaya melaporkan dan memaklumkan kepada polis serta jiran apabila ‘balik kampung’.

“Ini bagi memastikan polis dan agensi lain dapat melakukan rondaan secara berkala di kawasan mereka pada musim cuti.

“Jiran juga boleh memainkan peranan penting dengan melaporkan sebarang aktiviti atau kehadiran individu yang mencurigakan di kawasan mereka kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Jauteh berkata 90 peratus pegawai dan anggota polis akan bertugas pada musim perayaan bagi menjamin keselamatan dan keamanan.

“Kami telah menggerakkan 238 pegawai dan anggota polis trafik untuk Op Selamat dan mereka tidak termasuk unit lain daripada pasukan polis,” katanya sambil menambah hanya 10 peratus anggota daripada pasukan polis dibenarkan bercuti untuk sambutan perayaan itu.

 

Berita asal: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top