Aliakbar dilantik Pesuruhjaya baharu PAS Sabah

aliakbar.jpg
Kongsi Bersama

Oleh:AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dipilih sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah yang baharu menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan PAS Sabah memaklumkan mesyuarat itu adalah bagi melantik Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pesuruhjaya PAS Negeri serta Wilayah Persekutuan.

“Berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan Fasal 26 Perlembagaan PAS, adalah dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan-jawatan telah dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“Mesyuarat telah bersetuju melantik Dr Aliakbar Gulasan sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah yang baharu,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Aliakbar yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Setiausaha PAS Sabah dilantik bagi menggantikan Mohd Aminuddin Aling yang memegang jawatan itu sejak 2011.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mesyuarat turut memperakukan pendirian dan tindakan di pihak PAS berhubung situasi terkini politik dalam negara dan luar negara, khususnya konflik Palestin yang masih berterusan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top