KOTA BELUD: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) merupakan antara jenama yang sangat aktif menggerakkan aktiviti-aktiviti CSRnya di Sabah. Dengan misi untuk berkongsi rezeki dengan rakyat negeri ini, QSB sentiasa turun padang untuk menabur bakti.
Pada Jumaat lepas, dua buah kampung di daerah Kota Belud, iaitu Kg Taburon dan Kg Sarang di Kota Belud menjadi pilihan cabang pelaburan strategik kerajaan negeri itu untuk melaksanakan tanggungjawab CSRnya.
Program CSR di kedua-dua kampung itu diketuai oleh Pengerusi QSB, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said (SSK). Ia turut disertai ADUN Pintasan, Fairuz Renddan, Pengarah Eksekutif QSB Haji Shukor Mumin dan Shaiful Batong Ketua Pegawai Eksekutif,WHS Sterilization Service Sdn Bhd, anak syarikat QSB.
Selain menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, SSK dan rombongan turut beramah mesra dengan penduduk.