Kakitangan jabatan kesihatan sedang memberi penerangan kepada orang ramai di Tamu Besar Ranau pada tahun 1959 mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan. Program penerangan seperti ini sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran penduduk, terutama di luar bandar.
Pada masa itu tiga wabak yang kerap mengancam kesihatan rakyat adalah malaria, kolera dan demam campak. Selain itu terdapat juga kes-kes demam kepialu, TB dan kusta. Walau bagaimanapun penyakit-penyakit itu berjaya dikawal dengan baik melalui pelbagai langkah dan tindakan.
Apa yang menarik terdapat sebuah dispensari kereta api yang bergerak mengikut jadual mingguan dari Jesselton ke Beaufort. Ia akan berhenti di Kinarut, Papar, Membakut dan Bongawan. Dispensari ini disambungkan pada gerabak-gerabak kereta api yang lain. Apabila tiba di destani, ia akan dipisahkan daripada gerabak-gerabak tersebut. Tinggallah ia di situ untuk memberi perkhidmatan sehingga kereta api lain datang dan membawanya pergi untuk di singgahkan di destinasi berikutnya pula.