Album Lama Sabah#14: Keladi Telinga Gajah Di Tawau

keladi-teling-gajah.jpg
Kongsi Bersama

Gambar daripada sebuah penerbitan yang dicetak pada tahun 1955 ini menunjukkan dua lelaki yang tidak diketahui siapa ini bergambar berdekatan pokok telinga gajah yang terdapat di kawasan hutan Tawau pada masa dahulu.

Pokok dari spesies keladi liar ini mempunyai daun yang sangat besar. Ada rekod menunjukkan pada tahun 1966 ada sehelai daun telinga gajah ini didapati berukuran 3 meter panjang dan 2 meter lebar. Apabila dibentangkan ia meliputi kawasan lebih 34 kaki persegi.

Keladi telinga gajah  ini, dengan segala keunikannya merupakan satu lagi anugerah Tuhan kepada bumi Sabah. Ia masih terdapat di kawasan-kawasan hutan di Tawau, sekali gus membuktikan tanah bekas gunung berapi di kawasan itu sesuai untuk membiakkan tumbuh-tumbuhan bersaiz gergasi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top