Album Lama Sabah #38: Sepanduk Menyambut Lawatan Tun Mustapaha Ke Sandakan, 1967

album-lama-tukar-nama-KK.jpg
Kongsi Bersama

Apabila dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1967, selepas USNO memenangi PRN pada tahun  yang sama, antara langkah awal Tun Datu Mustapha adalah menggerakkan usaha menukar nama Jesselton, yang disifatkannya berbau penjajah kepada Kota Kinabalu.

Bagi mencapai maksud itu, Tun Mustapha menjelajah hampir segenap pelosok Sabah bagi menerangkan peri pentingnya nama itu ditukar bagi membina jati diri rakyat Sabah. Pada kunjungan itu juga beliau mengambil kesempatan memperjelaskan kepada rakyat mengenai dasar-dasar dan hala tuju kerajaan pimpinannya.

Di atas adalah foto salah satu sepanduk semasa menyambut lawatan Tun Mustapha ke Sandakan. Banyak lagi sepanduk seumpamanya dinaikkan.

Dengan sokongan rakyat itu, akhirnya pada 22 Disember 1967, DUN Sabah meluluskan usul menukar nama Jesselton kepada Kota Kinabalu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top