Sejarah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bermula pada tahun 1940-an apabila ia pertama kali digunakan sebagai lapangan terbang tentera, yang dibina oleh Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia II.
Ketika itu, lapangan terbang ini dikenali sebagai Lapangan Udara Jesselton. Walau bagaimanapun, menjelang akhir perang, ia mengalami pengeboman teruk oleh Tentera Bersekutu dan hanya dibaik pulih setelah Jepun menyerah kalah.
Pada tahun 1970-an dan 1980-an, sebuah bangunan terminal baru dibina di seberang landasan. . Berikutan penambahan baharu ini, hampir semua penerbangan komersial telah dipindahkan ke terminal yang lebih baharu dan lebih besar ini.
Komen