Tembakau pernah menjadi salah satu sumber pendapatan utama Borneo Utara. Terdapat sebuah ladang besar milik syarikat Eropah di sekitar kawasan Sungai Segama, di pantai timur. Ladang ini menghasilkan tembakau berkualiti tinggi. Pada tahun 1952 ia mengeluarkan 270,550 paun tembakar bernilai $2.1 juta, yang kesemuanya dieksport. Jumlah itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 213,783 paun bernilai $1.7 juta.
Selain ladang tersebut, tembakau turut dihasilkan oleh penduduk pribumi secara kecil-kecilan. Kebun-kebun tembakat terdapat dengan banyaknya dari Bundu Tuhan ke Ranau. Dianggarkan lebih 1,000 ekar tanah di kawasan itu, yang dibahagi kepada kebun-kebun kecil, ditanami tembakau.
Komen