Album Lama Sabah #26 – Jesselton, 1899

jesselton-1899.jpg
Kongsi Bersama

Pada akhir 1800-an, Syarikat Borneo Utara British (BNBC) mula menubuhkan penempatan kolonial di seluruh Borneo Utara. Pada tahun 1882, BNBC mengasaskan sebuah penempatan kecil di kawasan yang dikenali sebagai Teluk Gaya, yang telah pun didiami oleh orang Bajau. Petempatan pertama ialah di Pulau Gaya. Bagaimanapun, pada tahun 1897, penempatan itu telah dibakar dan dimusnahkan oleh pejuang Bajau-Suluk Mat Salleh.

Susulan kemusnahan itu, BNBC memutuskan untuk menempatkan semula penempatan itu ke tanah besar yang lebih mudah dipertahankan di Teluk Gantian (kini Teluk Sepanggar) pada tahun 1898. Bagaimanapun, Teluk Gantian didapati tidak sesuai dan pada Julai 1899, Henry Walker, seorang Pesuruhjaya Tanah, mengenal pasti tapak seluas 30 ekar (12 ha) bertentangan dengan Pulau Gaya sebagai pengganti Teluk Gantian. Tapak itu ialah sebuah perkampungan nelayan yang dipanggil Api-Api. Tapak ini dipilih kerana berdekatan dengan perkhidmatan kereta api  Borneo Utara dan pelabuhan semula jadinya yang menyediakan tempat berlabuh yang baik, iaitu sehingga 24 kaki dalam.

Menjelang akhir tahun 1899, pembinaan telah dimulakan di kawasan tersebut. Lot-lot kedai, jeti dan bangunan kerajaan di bina. Kawasan baharu itu dinamakan  semula sebagai Jesselton bersempena nama Sir Charles Jessel, yang merupakan Naib Pengerusi BNBC ketika itu.

Dan selepas itu semuanya adalah sejarah. Jesselton terus berkembang dan berkembang sehinggalah sekarang…

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top